Friday, October 8, 2010

“Tangisku dan Gembiraku bersama si Kembar”

Assalammualaikum sahabat ideal..
Alhamdulillah hari ini entry terbaru dari saya. Berkaitan si kembar yang mencuit hati^^,. Bila ingat pada mereka berdua ni, Subahanallah rindu ini pasti bertandang. Malah selalu teringatkan mereka berdua ni. Indahnya ukhwah ini jika semua adalah kerana Allah.

Ok,
Ukhwah ini terjalin sewaktu Kem Islam Id Ginawo anjuran Persatuan Siswazah Sabah. Allah temukan kami di majlis ilmu. Majlis yang insyaAllah diberkati Ilahi.

Saya peserta yang lewat hadir sebab masih sibuk mengurus keperluan datuk yang terlantar di hospital. Petang tu saya pun sampai dan terus masuk kumpulan Dayang Arifah. Disitulah saya mengenali si adek atau nama sebenarnya Nur Syakila (eh, betul ka ini ejaannya). Tapi masa itu saya langsung tidak menyangka bahawa Syakila ada kembar.

Habis aktiviti, barulah saya perasan bahawa Syakila ni ada kembar. Mula-mula pening juga kepala mahu membezakan mereka ni. Almaklumlah, saya ada sedikit masalah ingatan. Susah mengingati sesuatu. Nama si kakak ni Nur Syasira (eh, betul ka ni ejaannya?).

Alhamdulillah itulah awalnya pertemuan kami.
Terima kasih Allah atas ukhwah ini^___^

Alhamdulillah, ukhwah ini semakin rapat. Masih segar diingatan masa kami bersama mengedar risalah tentang Kelab Remaja Islam. Tujuannya untuk membawa sebanyak mana remaja untuk mengikuti aktiviti berteraskan keislaman daripada terbiar dengan pelbagai budaya hidup yang boleh memesongkan akidah!

Tengah hari itu, saya, kila, syira, sue, nas dan ramai lagi muslimah yang lain mengedar risalah. Alhamdulillah, ada juga yang menerima risalah itu dan memberi respon yang baik. Masa mengedar risalah itu, kami bersungguh-sungguh mengajak remaja mahupun retua untuk join aktiviti berguna itu.

Ada juga kisah sedih yang kami lalui semasa mengedar risalah itu pada seorang mak cik. Tapi itu saya jadikan sebagai penguat untuk kami terus menegakkan islam di Kota Marudu. Si kembar ini yang selalu cakap "kak yati, kuat ar..ujian tu".. InsyaAllah..kakak kuat adik2!!

Masa berpisah tu pula, hanya Allah yang tahu. Sedih bukan main lagi. Kalau boleh, mahu bersama lagi lama^^, Walau apapun, jauh bukan penghalang tetapi penguat ukhwah.

saya selalu meluah dengan si adik kembar ni. Alhamdulillah mereka pun selalu meluah. Banyak yang kami kongsikan bersama. Suka, Duka, Pahit, Manis..

Hari tu, Syira ada masalah. Syira nangis. ya Allah, rasa macam mahu peluk Syira saja. Risau sangat-sangat. Tapi saya yakin, Syira seorang yang kuat. Masa call Syira, SUBAHANALLAH... Banyak nasihat yang saya beri dan sebenarnya sedang mengingatkan diri sendiri juga. Ujian seorang khalifah di bumi Allah. Syira ni sedikit pemalu^^,. Biasalah kan. Malu itu kan penghias wanita solehah.

Saya juga selalu nangis. Syira juga yang selalu dengar. Bagi nasihat. Itu gunanya sahabat, suka duka mesti bersama..dik syira, kakak rinduuuuuuuuu

Pernah sekali, adik Kila mesej. Pun saling mengadu suka duka. Oh..rindunya sama si adek ni^^,
Antara kami, tiada benteng pemisah untuk segala macam rasa. InsyaAllah pasti akan kami kongsikan. Tidak kira rasa itu sedih atau suka.Kila seorang yang tegas. Terutama sekali tentang SOLAT. hmmm..bila Kila sudah berhujah, Subahanallah.. boleh meremang bulu tengkuk. InsyaAllah sangat berkesan. Alhamdulillah Kila dikurniakan suara yang tegas. Tapi jauh disudut hati Kila, dia sama seperti Syira. Pemalu^^,

oh, itu hanya sedikit tentan mereka. Yang lain tidak dapat saya taipkan^^,
lagipun saya mahu bergegas untuk balik kerumah. Jumaat yang sangat membahagiakan^__^

untuk Syira dan Kila..
kakak sayang adik kerana Allah.


(insyaAllah, entry ini akan diubah untuk disusun atur ayatnya. sik pat kmk nulis tok, sik bes. sidak geng bisin gilak. ngaco urg agik..sik nyaman nulis ko.)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP