Friday, October 1, 2010

Seuntai madah buatmu sahabat..


semoga tautan ukhwah ini berkekalan Dunia dan Akhirat


Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah,
Jika aku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dengan tarbiah pencipta,
Jika aku lemah tidak berdaya,ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
Jika di antara kita ada tembok yang memisah,ajaklah aku meleraikannya segera,
Jika pernah hatimu terluka,luahkanlah agar aku berubah,
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,iringlah doaku dengan kalungan doa...
Berjanjilah sahabat,ukhwah kita untuk selamanya....


Seuntai madah buatmu sahabat..

Kebahagiaan orang yang beriman adalah dengan mencintai Allah
Cinta kepada Allah adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam
Dari setiap sesuatu yang dalam.
Hanya mereka yang bersungguh-sungguh berimanlah yang dapat merasakannya.


Dan perasaan itu tidak boleh digantikan..
Ubatmu terdapat dalam wahyu..
Baik yang berhasil dari al-Quran mahupun As-Sunnah.

Kesenanganmu berada dalam iman
Penyejuk hatimu berada dalam solat
Keselamatam qalbumu berada dalam sikap redha
Dan keteduhan perasaanmu berada dalam sifat qana’ah anda.


Sesungguhnya kecantikan wajahmu berada dalam senyuman
Terpelihara kehormatanmu berada dalam hijab
Dan ketenangan hatimu terletak pada zikir..


Jangan menunggu datangnya kebahagian untuk dapat tersenyum
Tapi tersenyumanlah untuk mendapat kebahagian..
Tetaplah kau berlaku manis walaupun kehidupan ini pahit
Dan tetaplah kau redha walaupun orang lain murka..


Jadilah dirimu lebih lembut daripada angin yang sepoi-sepoi
Dan lebih tinggi cita-citanya di dunia daripada bintang di langit…
Barangsiapa yang mengenal Allah di kelapangannya
Maka Allah akan mengenalnya dalam kesempitan..


Percayalah kebahagian adalah seperti mawar yang di tanam
Tidak terus berbunga tetapi ia pasti akan tumbuh..

Belajarlah bersabar dari wanita bernama Asiyah(isteri Firaun)
Setia dari Khadijah(isteri pertama Nabi S.A.W),
Jujur dari Aisyah(isteri Nabi yang paling muda umurnya),
Dan teguh hati dari Fatimah Al Zahra(puteri Nabi S.A.W).


Hidup adalah indah bagi orang yang beriman,
Akhirat di cintai oleh orang yang bertaqwa,
Merekalah orang yang berbahagia..


Keselesaan tubuh kerana sedikit makan
Keselesaan jiwa kerana sedikit dosa
Keselesaan hati kerana sedikit keinginan
Keselesaan lisan kerana sedikit bicara..



Semoga Allah mencurahkan rahmatNya kepadamu
Wahai pembawa panji hidayah
Hari-hari menjadi ceria dengan kehadiranmu.
Wahai sahabat seperjuanganku sekalian..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP