Monday, October 25, 2010


Jika matamu masih berat untuk memandangku, ringankanlah kakimu itu untuk melangkah pergi dariku, jika bibirmu terpaksa mengukir senyuman buatku, relakanlah wajahmu itu berpaling segera dariku, jika sukar untuk kau melupakan semua salahku terhadapmu, senangkanlah lidahmu itu untuk menghinaku.
Pesanku sahabat,

" Sahabat, jagalah nama baikku. Sesungguhnya aku jika aku sudah tiada berdaya lagi menjaga nama baikku nanti, aku hanya mengaharapkan budimu sahabat."

" Jagalah tingkah laku sopanmu, jagalah solatmu, jagalah ibadatmu, jagalah auratmu sesungguhnya."

Ingatlah kata-kataku ini,

" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kita aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."


" Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."

" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti. Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabat..."




 


Read more...

Monday, October 18, 2010

Assalammualaikum..

Lama meninggalkan ruang sahabat ideal. Terlupa yang saya ini ada dua blog. Asik bersama Tautan Hati sehingga lupa pada sahabat ideal. ^_^



Alhamdulillah..hari ini merupakan hari yang gembira. Gembira?? why?? oso dunoe.. yang penting saya gembira kerana Allah masih memberi kesempatan kepada kita semua untuk terus menyelusuri dunia ini dengan  sesuka hati kita.

Allah memberi kita kebebasan untuk memilih. Jalan ini atau jalan itu. Pilihlah jalan yang lebih mendekati Alquran dan Sunnah. InsyaAllah hidupmu pasti bahagia di dunia dan akhirat. Allah sudah memberi kita akal untuk berfikir. Bersyukurlah kita kerana kita merupakan makhluk Allah yang dikurniakan akal.


Kita bayangkan kalau haiwan-haiwan didunia di kurniakan akal oleh Allah, saya yakin dan pasti haiwan-haiwan itu lebih baik dari kita. Buktinya, anjing yang hanya dikurniakan nafsu oleh Allah masih menyayangi anaknya sendiri. Tapi sesetengah manusia akhir zaman bagaimana?? 

Allahu Allah..

Dibuang merata-rata. Sedih juga tengok nasib si baby. Tapi tidak apa, syurga sudah dijamin buat si baby. Ibu  dan ayahnya yang telah membiarkan si baby itu, segeralah bertaubat nasuha. Allah itu maha mengampuni.


Saya sangat terasa bila tengok kes buang bayi ini berluluasa. Paling mengejutkan bila ada pihak yang kononnya berbaik hati untuk membina rumah kebajikan khas untuk anak-anak yang luar nikah ini. NAH!!! makin bertambah la ZINA di Malaysia. 


BETUL KAN???


Remaja boleh buat sesuka hati. Bila mengandung, jalan penyelesaian hantar baby ke rumah kebajikan tu. Lepas itu buat lagi. HUH!!! menambah beban bukan mengurangkan beban. Saya hargai niat baik mereka yang menubuhkan rumah kebajikan itu, tapi kalau sekadar menubuhkan dan menerima kehadiran bayi luar nikah tanpa memberi khidmat kaunseling kepada si pelaku, saya yakin dan percaya usaha itu hanya sia-sia.


Saya bukannya tidak setuju, tapi kita cuba cari alternatif lain. Antara alternati lain yang paling berkesan bagi saya ialah laksanakan sahaja hukuman HUDUD!! Itu yang ISLAM ajar. Tapi, sebelum itu kita kena faham dan mendalami bagaimana pelaksanaan HUDUD yang sebenar!!


oh ya, sebelum itu saya tahu ramai yang tidak akan setuju bila Malaysia laksanakan hukuman HUDUD. Sebabnya, persepsi mereka sendiri terhadap pelaksanaan itu!! Ada yang menganggap HUDUD ini satu hukuman kejam!! Maaf, bagi saya hukuman sebat di penjara-penjara lagi teruk dari HUDUD tau...


Hei... HUDUD adalah hukum dari Allah. ADIL buat semua manusia. Hukuman yang manusia buat ini terkadang tidak adik buat semua manusia. Betul apa yang saya cakap ni. Tidak adil hukum yang manusia buat. 


Satu hari, saya ikut usrah yang dibuat oleh Ustaz Zul. Ustaz Zul terangkan bagaimana pelaksanaan HUDUD yang sebenarnya. Allahu Allah. Islam itu sangat indah!!


Pernah seorang sahabat dizaman pemerintahan Rasulullah, dia didapati meminum arak, berjudi dan mencuri. Kemudian dihukum sebat kepada sipelaku. Mahu tahu bagaimana pelaksanaannya, si pelaku disebat menggunakan kain, selipar, serban dan alat-alat yang tidak mencederakan. Sehingga datang seorang lagi sahabat dan terus menumbuk muka si pelaku sehingga berdarah mulut si pelaku, Rasulullah terus menegur bahawa jangan menyebat sehingga meninggalkan kesan atau mencederakan.


LIHAT???


Betapa indahnya hukuman itu.


sekadar hiasan


Ada yang persoalkan, bukankah menghukum dikhalayak ramai itu akan mengaibkan si pelaku. Allahu Allah. Saya rasa tidak. Kerana insyaAllah akan lahir rasa insaf dalam dirinya.


Oh.. maaf saya tidaklah berilmu agama bila bercakap tentang HUDUD ini. Tapi, andai sahaja Malaysia melaksanakan hukuman HUDUD ini, insyaAllah saya akan menjadi salah seorang yang akan berdiri untuk SETUJU dan akan sujud SYUKUR!!!


ISLAM bukan AGAMA yang ganas ok!!!


DR. Maza, sila la berkunjung ke page DR. Maza. InsyaAllah penerangannya lebih baik ^_^


Bila kita menghadapi pendapat yang banyak berkaitan sesuatu hukum, pilihlah yang lebih mendekati alQuran dan Sunnah atau yang senang untuk dilaksanakan. Dan insyaAllah, DR. Maza lebih mendekati kepada alQuran dan Sunnah ^_^.


ini sekadar pendapat saya. Saya tidak meminta kamu untuk mengikuti langkah saya. Tapi pesan saya, pilihlah yang mendekati Alquran dan Sunnah!!!

(masih perlu belajar banyak..masih belum pandai untuk berdiskusi ^^,)

Read more...

Friday, October 8, 2010

“Tangisku dan Gembiraku bersama si Kembar”

Assalammualaikum sahabat ideal..
Alhamdulillah hari ini entry terbaru dari saya. Berkaitan si kembar yang mencuit hati^^,. Bila ingat pada mereka berdua ni, Subahanallah rindu ini pasti bertandang. Malah selalu teringatkan mereka berdua ni. Indahnya ukhwah ini jika semua adalah kerana Allah.

Ok,
Ukhwah ini terjalin sewaktu Kem Islam Id Ginawo anjuran Persatuan Siswazah Sabah. Allah temukan kami di majlis ilmu. Majlis yang insyaAllah diberkati Ilahi.

Saya peserta yang lewat hadir sebab masih sibuk mengurus keperluan datuk yang terlantar di hospital. Petang tu saya pun sampai dan terus masuk kumpulan Dayang Arifah. Disitulah saya mengenali si adek atau nama sebenarnya Nur Syakila (eh, betul ka ini ejaannya). Tapi masa itu saya langsung tidak menyangka bahawa Syakila ada kembar.

Habis aktiviti, barulah saya perasan bahawa Syakila ni ada kembar. Mula-mula pening juga kepala mahu membezakan mereka ni. Almaklumlah, saya ada sedikit masalah ingatan. Susah mengingati sesuatu. Nama si kakak ni Nur Syasira (eh, betul ka ni ejaannya?).

Alhamdulillah itulah awalnya pertemuan kami.
Terima kasih Allah atas ukhwah ini^___^

Alhamdulillah, ukhwah ini semakin rapat. Masih segar diingatan masa kami bersama mengedar risalah tentang Kelab Remaja Islam. Tujuannya untuk membawa sebanyak mana remaja untuk mengikuti aktiviti berteraskan keislaman daripada terbiar dengan pelbagai budaya hidup yang boleh memesongkan akidah!

Tengah hari itu, saya, kila, syira, sue, nas dan ramai lagi muslimah yang lain mengedar risalah. Alhamdulillah, ada juga yang menerima risalah itu dan memberi respon yang baik. Masa mengedar risalah itu, kami bersungguh-sungguh mengajak remaja mahupun retua untuk join aktiviti berguna itu.

Ada juga kisah sedih yang kami lalui semasa mengedar risalah itu pada seorang mak cik. Tapi itu saya jadikan sebagai penguat untuk kami terus menegakkan islam di Kota Marudu. Si kembar ini yang selalu cakap "kak yati, kuat ar..ujian tu".. InsyaAllah..kakak kuat adik2!!

Masa berpisah tu pula, hanya Allah yang tahu. Sedih bukan main lagi. Kalau boleh, mahu bersama lagi lama^^, Walau apapun, jauh bukan penghalang tetapi penguat ukhwah.

saya selalu meluah dengan si adik kembar ni. Alhamdulillah mereka pun selalu meluah. Banyak yang kami kongsikan bersama. Suka, Duka, Pahit, Manis..

Hari tu, Syira ada masalah. Syira nangis. ya Allah, rasa macam mahu peluk Syira saja. Risau sangat-sangat. Tapi saya yakin, Syira seorang yang kuat. Masa call Syira, SUBAHANALLAH... Banyak nasihat yang saya beri dan sebenarnya sedang mengingatkan diri sendiri juga. Ujian seorang khalifah di bumi Allah. Syira ni sedikit pemalu^^,. Biasalah kan. Malu itu kan penghias wanita solehah.

Saya juga selalu nangis. Syira juga yang selalu dengar. Bagi nasihat. Itu gunanya sahabat, suka duka mesti bersama..dik syira, kakak rinduuuuuuuuu

Pernah sekali, adik Kila mesej. Pun saling mengadu suka duka. Oh..rindunya sama si adek ni^^,
Antara kami, tiada benteng pemisah untuk segala macam rasa. InsyaAllah pasti akan kami kongsikan. Tidak kira rasa itu sedih atau suka.Kila seorang yang tegas. Terutama sekali tentang SOLAT. hmmm..bila Kila sudah berhujah, Subahanallah.. boleh meremang bulu tengkuk. InsyaAllah sangat berkesan. Alhamdulillah Kila dikurniakan suara yang tegas. Tapi jauh disudut hati Kila, dia sama seperti Syira. Pemalu^^,

oh, itu hanya sedikit tentan mereka. Yang lain tidak dapat saya taipkan^^,
lagipun saya mahu bergegas untuk balik kerumah. Jumaat yang sangat membahagiakan^__^

untuk Syira dan Kila..
kakak sayang adik kerana Allah.


(insyaAllah, entry ini akan diubah untuk disusun atur ayatnya. sik pat kmk nulis tok, sik bes. sidak geng bisin gilak. ngaco urg agik..sik nyaman nulis ko.)

Read more...

Tuesday, October 5, 2010

Renungan Buat Diriku & semua Sahabat Idealku


sekadar perkongsian dari diriku yang masih samar dalam perjalanan menujuNYA.

1 >> dari bujang >> kawin 1 >> kawin 2 >> DLL

gambar sekadar hiasan..^^

2 >> dari pakai moto kap -- kancil -- wira -- honda -- seterusnya



3 ~~ zeropoint ~~ badminton ~~ Golf ~~~~~~



4 == rumah sewa -- rumah murah -- rumah teres -- BANGLOW




5 >> technician -- supervisor -- engineer -- manager-------




6 ++ tv 14' ---- 21' --- 29' --- home theather ---




7 >> Poring >> Tanjung Aru >> Langkawi >> China...



8 ~~ dalam semua segi kita maukan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour..

9 :: mancing kat parit :: sungai :: kolam (bayar punya) :: laut dalam (sewa bot mewah) :: kalong




......... T E T A P I .........

KITA JUGA LUPA...
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN,
SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA..




DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA,
KITA SEMAKIN LUPA,
SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN ALLAH
"ON LOAN"


SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN, ATAU BUAT REVISION,
BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAAN UNTUK MATI"

Umpamanya :-

1 ) tak solat ---- pastikan solat ---- jadikan amalan





2) banyak maksiat --- kurangkan --- hapuskan




3) Manila --- Madinah --- Mekah




4) sedekah RM1.00 -- RM50.00 -- RM100.00




5) solat dirumah --- solat disurau --- solat dimasjid
(bagi lelaki -berjemaah-)






6) 5 jam sehari menonton tv --- 3 jam tv --- 2 jam majlis ilmu

7) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada AKHIR ZAMAN ini ialah PERSONAL improvement. Banyak kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan...

Contohnya :-

Kalau dulu rajin dan tak tinggal solat 5 waktu, tetapi beransur-ansur......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE...

Bila Allah beri kenaikan pangkat & gaji lebih, benda seperti ini sudah jadi biasa..macam2 lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu. Malah berlaku dalam kalangan ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, jiran DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TERGET dan BALANCE IMPROVEMENT

Allah beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tidaklah seorangpun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun. Allah juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Allah hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40 - 50 tahun demi untuk mendapat balasan SYURGA untuk selamanya..

***** infinity *****

Semoga Allah terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya didunia dan akhirat.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w :-

"3 kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ;-
1) Orang2 yang mati syahid.
2) Orang2 yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3) Orang berpuasa dibulan Arafah'.

Alhamdulillah...
kalau rajin....sebarkan kisah ini kepada saudara2 Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati


semoga kita semua istiqamah dengan apa yang telah kita lakukan dan sentiasa meningkatkan amal ibadah untuk bekalan hati MATI.

Read more...


Fi & Dui



Alhamdulillah.. bertambah Syukur lagi saya kepada Allah. Nikmat persahabatan yang tidak terhingga. Baru sebentar tadi kol my love fren fi . Ya Allah. Pertama kali talifon dia. Subahanallah. Bahagianya hidup ini ya Allah, dikurniakan sahabat secomey, secantik dia. Tapi itu bukan ukuran tertinggi dalam persahabatan kami. Saya menerima Fi sebagai sahabat hanya kerana Allah semata-mata!!


Alhamdulillah... Masa kol my love fren fi tadi, banyak yang kami cerita. Ada yang lucu dan memang lucu. Ketawa saja, sampai dia cakap penat ketawa. Hehehe..Alhamdulillah. Gembira sangat ya Allah.

Jom menyingkap detik ukhwah ni terjalin.
Semua ini Allah telah atur sejak azali dan kita percaya itu semua. Saya dengan Fi ni kenal dalam facebook sahaja. Tidak pernah bersua muka. Even gambar dia pun tidak pernah saya nampak. Dia pun macam tu juga. Betapa hebatnya Allah. Allah mencampakkan rasa ukhwah ini dalam diri kami sehingga kami ni seperti kenal berpuluh tahun. Dan, kami tinggal di daerah yang sama. Kampung yang berlainan.

untuk mu Temanku,


Alhamdulillah ya Allah.. detik pertemuan menimbulkan sejuta rasa dihati. Ia la, selama ini hanya berhubung dalam facebook sahaja. Tidak pernah juga saya kol dia memandangkan tidak terfikir untuk minta no. phon dia. Kenapa?? Wallahualam. Saya juga tidak mampu menjawab. Raya ke3 tu Alhamdulillah dapat no.phon dia dari adik syira^^. Dapat nombor tu pun tidak pernah juga saya kol dia. Entah kenapa. Rasa malu juga^^, Baru tadi la saya kol dia^^,

Petemuan pertama, masa tu ada jamuan untuk Kelab Remaja Ukhwah dan Persatuan Siswazah Sabah. Alhamdulillah dimajlis ilmu juga kami bertemu^^, Melangkah masuk saja dalam rumah PASTI tu, saya sudah mencari dia. Tapi apa yang dicari, nampak pun tidak pernah. Tapi, naluri hati saya kuat mengatakan yang tudung coklet itu la dia!!

Alhamdulillah, berkat ukhwah ini kerana Allah sangkaan saya TEPAT sekali. Iya, itulah dia. Sahabat alam mayaku yang kini ada dihadapanku!! Tapi saya ada juga hantar mesej untuk dia masa tu. Mesej tu saya simpan sampai sekarang ni. Mesej tu saya sayang sangat. Mesej pertama saya hantar di talifon dia^^,

Tarikhnya 14-sept-2010
"salam fi..saya ni c yati..ko mana satu dalam jamuan ni?"

Allahu Allah. Tuhan saja tahu hati ni betul2 gembira dengan pertemuan pertama. Mula2 memang malu. Alhamdulillah, Allah takdirkan pula kami ni satu kepala! Allahu Allah..cerita punya rancak. Siap main pukul2 sayang lagi. Adik2 yang nampak pun hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah kakak-kakak dorang ni. 


Masa yang terlalu singkat untuk bersama semua sahabat membuat saya bersedeh hati. Tapi saya ingat pesan Nasita, my sweetlove.. "bertemu dan berpisah kerana Allah". Ya, saya kena akui bahawa setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Tapi perpisahan itu bukanlah penyebab kepada renggangnya ukhwah tapi itu adalah penguat ukhwah kami!!! 

ayuh kita baca Doa Rabithah sahabat..semoga ukhwah kita semua sentiasa mekar mewangi^^,


fi, 
Alhamdulillah, saya bahagia dan gembira mengenali ko. Subahanallah. Rindunya mau jumpa ni^^, semoga Allah terus menyatukan kita di dunia hatta akhirat.

khas buatmu fi,

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

*jangan lepaskan peluang dalam cerita seterusnya...*

tajuk

*Tangisku dan Bahagiaku bersama si kembar*

Read more...

Monday, October 4, 2010

Suria Perkasa Hitam

alhamdulillah..Allah masih memberi kesempatan buat saya untuk terus melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang membawa hati ini dekat kepadaNYA.

Hadis-hadis tentang sahabat ^^,


saya sangat sayang semua sahabat saya tau...
u all sayang saya juga?? ^^,

Alhamdulillah, Subahanallah, Allahu Akhbar!!

Suria Perkasa Hitam


suka dengan kartun ni?? mestilah kan. Kartun zaman kita semua masih kecil-kecil lagi. Sekarang, payah juga cari kartun jenis ni. Mungkin sudah luput dimamah zaman. Alaaa budak sekarang ni semua depan game, laptop, ps2... kita dulu amat susah untuk untuk dapat semua tu. Jadi, tV tu jadi tatapan kita awal pagi. Hehehe^^,

Baru tadi sahabat saya my sweetheart Sue like post yang saya post di wall dia. Rasa rindu sangat dengan dia ni. Apa tidaknya, kami sudah bersama hampir 15 tahun. Banyak kenangan yang kami lalui bersama. 

Dulu, sue ni selalu digelar Suria Perkasa Hitam. Mungkin muka sue yang hitam manis kot^^, Walaupun ejekan tu menyakitkan hati kami, Sue ni tetap bersabar juga. Alhamdulillah berkat kesabaran tu, tiada lagi yang mengejek dia ni. Ejekan tu berkekalan sehingga form 1. Ada juga budak lelaki tu selalu ejek sue sehingga la form 5. hmmmm..

Tapi saya yakin dan percaya, itu gurauan semata-mata. Gurauan yang buat kami rindu kenangan dulu-dulu. Eh, my sweetheart sue semakin cantek tau!! hehehe.. tiada ejekan lagi.

doa untukmu sahabat^^,


pintaku padamu sahabat 


Peringatan buat diriku


saya sayang semua sahabat saya,


Read more...

Sunday, October 3, 2010

Sahabat Baru

Alhamdulillah header yang ckin buat sudah siap. dan header tu saya suka sangat. Alhamdulillah sangat-sangat saya ucapkan kepada Allah sebab temukan saya dengan ckin. hanya Allah yang tahu betapa hati ini sangat gumbira. walaupun ukhwah ini terjalin di alam maya, tapi rasa macam sudah lama terjalin.

iya, memang sudah lama terjalin. sejak ianya tercatat di loh mahfuz lagi tapi baru kali ini Allah takdirkan ianya terjadi. SUBAHANALLAH!! baik sungguh Allah pada hambaNYA. kita sebagai hamba ini sahaja yang selalu berburuk sangka pada Allah. semoga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur dan berbaik sangka.

oh ya, kembali kepada ckin. sahabat baru yang sejak azali Allah satukan. ckin ni ada kembar. kembar ckin namanya ckak. dua2 comey. tapi bukan kecomelan tu jadi pilihan saya untuk berukhwah. tapi kerana Allah semata-mata. lagipun, sangat senang bersama ckin ni. ckak belum lagi kenal rapat^^. insyaAllah saya akan hubungi ckak juga. dah add ckak juga^^

ni la ckin dgn anak buah kalau tak silap^^

ni pula blog ckin ckin site . klik dan follow terus la ye. insyaAllah, banyak ilmu yang bermanfaat yang boleh kita perolehi. ckin ni juga alhamdulillah sangat suka bantu sahabat2. sanggup berkorban masa semata-mata nak buat header untuk saya. Allahu Allah..sangat baik ckin ni. seindah mawar berduri.

eh ckin, ckin jangan marah cek cerita semua ni. saja tak tahu nak ucap apa lagi. cek sangat-sangat bersyukur dapat sahabat macam ckin. rasanya nak sangat jumpa ckin. insyaAllah hujung tahun cek gi semenanjung. insyaAllah nak luangkan 1 hari untuk ckin^^..eh tak sabar rasanya. itupun kalau dapat gi la. sebabnye takut rancangan bertukar. bukan apa, ada aktiviti keislaman kat sabah. tempat cek^^

oh ya kawan2...nak kenal ke dengan ckak?? tapi saya tak tahu la blog ckak. saya nak bagi tngk gambar saja. 

ni la ckin dan ckak.^^


semoga Allah menjadikan ukhwah ini kekal selamanya dan membawa kita dekat kepada Allah^^

Read more...

Dedikasi Buat ^MM^



Sahabat… 


Andainya kematian kau tangisi 


Pusara kau siram dengan air matamu 


Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh 


Nyalakaniah obor untuk umat ini 


Dan 


Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan 





Sahabat, 


Kematianku hanyalah suatu perjalanan 


Memenuhi panggilan kekasih yang merindu 


Taman-taman indah disyurga Tuhan 


Terhampar menanti 


Burung-burungnya berpesta menyambutku 


Dan berbahagialah hidupku di sana 





Sahabat, 


Puaka kegelapan pastikan lebur 


Fajarkan menyingsing 


Dan alam ini kan disinari cahaya lagi 


Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya 


Jangan gentar berkelana ke alam abadi 


Di sana cahaya fajar memancar. 





Sayyid Qutub-1966


Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)





SAHABAT, 
ANDAI DUNIA MENJADI PUNCA PERPISAHAN, SEMOGA SYURGA MENJADI TEMPAT INDAH SEBUAH PERTEMUAN-

***Mahirah Abu Bakar***
***Munira Malik Rabil***

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP