Tuesday, October 5, 2010


Fi & Dui



Alhamdulillah.. bertambah Syukur lagi saya kepada Allah. Nikmat persahabatan yang tidak terhingga. Baru sebentar tadi kol my love fren fi . Ya Allah. Pertama kali talifon dia. Subahanallah. Bahagianya hidup ini ya Allah, dikurniakan sahabat secomey, secantik dia. Tapi itu bukan ukuran tertinggi dalam persahabatan kami. Saya menerima Fi sebagai sahabat hanya kerana Allah semata-mata!!


Alhamdulillah... Masa kol my love fren fi tadi, banyak yang kami cerita. Ada yang lucu dan memang lucu. Ketawa saja, sampai dia cakap penat ketawa. Hehehe..Alhamdulillah. Gembira sangat ya Allah.

Jom menyingkap detik ukhwah ni terjalin.
Semua ini Allah telah atur sejak azali dan kita percaya itu semua. Saya dengan Fi ni kenal dalam facebook sahaja. Tidak pernah bersua muka. Even gambar dia pun tidak pernah saya nampak. Dia pun macam tu juga. Betapa hebatnya Allah. Allah mencampakkan rasa ukhwah ini dalam diri kami sehingga kami ni seperti kenal berpuluh tahun. Dan, kami tinggal di daerah yang sama. Kampung yang berlainan.

untuk mu Temanku,


Alhamdulillah ya Allah.. detik pertemuan menimbulkan sejuta rasa dihati. Ia la, selama ini hanya berhubung dalam facebook sahaja. Tidak pernah juga saya kol dia memandangkan tidak terfikir untuk minta no. phon dia. Kenapa?? Wallahualam. Saya juga tidak mampu menjawab. Raya ke3 tu Alhamdulillah dapat no.phon dia dari adik syira^^. Dapat nombor tu pun tidak pernah juga saya kol dia. Entah kenapa. Rasa malu juga^^, Baru tadi la saya kol dia^^,

Petemuan pertama, masa tu ada jamuan untuk Kelab Remaja Ukhwah dan Persatuan Siswazah Sabah. Alhamdulillah dimajlis ilmu juga kami bertemu^^, Melangkah masuk saja dalam rumah PASTI tu, saya sudah mencari dia. Tapi apa yang dicari, nampak pun tidak pernah. Tapi, naluri hati saya kuat mengatakan yang tudung coklet itu la dia!!

Alhamdulillah, berkat ukhwah ini kerana Allah sangkaan saya TEPAT sekali. Iya, itulah dia. Sahabat alam mayaku yang kini ada dihadapanku!! Tapi saya ada juga hantar mesej untuk dia masa tu. Mesej tu saya simpan sampai sekarang ni. Mesej tu saya sayang sangat. Mesej pertama saya hantar di talifon dia^^,

Tarikhnya 14-sept-2010
"salam fi..saya ni c yati..ko mana satu dalam jamuan ni?"

Allahu Allah. Tuhan saja tahu hati ni betul2 gembira dengan pertemuan pertama. Mula2 memang malu. Alhamdulillah, Allah takdirkan pula kami ni satu kepala! Allahu Allah..cerita punya rancak. Siap main pukul2 sayang lagi. Adik2 yang nampak pun hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah kakak-kakak dorang ni. 


Masa yang terlalu singkat untuk bersama semua sahabat membuat saya bersedeh hati. Tapi saya ingat pesan Nasita, my sweetlove.. "bertemu dan berpisah kerana Allah". Ya, saya kena akui bahawa setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Tapi perpisahan itu bukanlah penyebab kepada renggangnya ukhwah tapi itu adalah penguat ukhwah kami!!! 

ayuh kita baca Doa Rabithah sahabat..semoga ukhwah kita semua sentiasa mekar mewangi^^,


fi, 
Alhamdulillah, saya bahagia dan gembira mengenali ko. Subahanallah. Rindunya mau jumpa ni^^, semoga Allah terus menyatukan kita di dunia hatta akhirat.

khas buatmu fi,

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

*jangan lepaskan peluang dalam cerita seterusnya...*

tajuk

*Tangisku dan Bahagiaku bersama si kembar*

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP