Monday, October 18, 2010

Assalammualaikum..

Lama meninggalkan ruang sahabat ideal. Terlupa yang saya ini ada dua blog. Asik bersama Tautan Hati sehingga lupa pada sahabat ideal. ^_^



Alhamdulillah..hari ini merupakan hari yang gembira. Gembira?? why?? oso dunoe.. yang penting saya gembira kerana Allah masih memberi kesempatan kepada kita semua untuk terus menyelusuri dunia ini dengan  sesuka hati kita.

Allah memberi kita kebebasan untuk memilih. Jalan ini atau jalan itu. Pilihlah jalan yang lebih mendekati Alquran dan Sunnah. InsyaAllah hidupmu pasti bahagia di dunia dan akhirat. Allah sudah memberi kita akal untuk berfikir. Bersyukurlah kita kerana kita merupakan makhluk Allah yang dikurniakan akal.


Kita bayangkan kalau haiwan-haiwan didunia di kurniakan akal oleh Allah, saya yakin dan pasti haiwan-haiwan itu lebih baik dari kita. Buktinya, anjing yang hanya dikurniakan nafsu oleh Allah masih menyayangi anaknya sendiri. Tapi sesetengah manusia akhir zaman bagaimana?? 

Allahu Allah..

Dibuang merata-rata. Sedih juga tengok nasib si baby. Tapi tidak apa, syurga sudah dijamin buat si baby. Ibu  dan ayahnya yang telah membiarkan si baby itu, segeralah bertaubat nasuha. Allah itu maha mengampuni.


Saya sangat terasa bila tengok kes buang bayi ini berluluasa. Paling mengejutkan bila ada pihak yang kononnya berbaik hati untuk membina rumah kebajikan khas untuk anak-anak yang luar nikah ini. NAH!!! makin bertambah la ZINA di Malaysia. 


BETUL KAN???


Remaja boleh buat sesuka hati. Bila mengandung, jalan penyelesaian hantar baby ke rumah kebajikan tu. Lepas itu buat lagi. HUH!!! menambah beban bukan mengurangkan beban. Saya hargai niat baik mereka yang menubuhkan rumah kebajikan itu, tapi kalau sekadar menubuhkan dan menerima kehadiran bayi luar nikah tanpa memberi khidmat kaunseling kepada si pelaku, saya yakin dan percaya usaha itu hanya sia-sia.


Saya bukannya tidak setuju, tapi kita cuba cari alternatif lain. Antara alternati lain yang paling berkesan bagi saya ialah laksanakan sahaja hukuman HUDUD!! Itu yang ISLAM ajar. Tapi, sebelum itu kita kena faham dan mendalami bagaimana pelaksanaan HUDUD yang sebenar!!


oh ya, sebelum itu saya tahu ramai yang tidak akan setuju bila Malaysia laksanakan hukuman HUDUD. Sebabnya, persepsi mereka sendiri terhadap pelaksanaan itu!! Ada yang menganggap HUDUD ini satu hukuman kejam!! Maaf, bagi saya hukuman sebat di penjara-penjara lagi teruk dari HUDUD tau...


Hei... HUDUD adalah hukum dari Allah. ADIL buat semua manusia. Hukuman yang manusia buat ini terkadang tidak adik buat semua manusia. Betul apa yang saya cakap ni. Tidak adil hukum yang manusia buat. 


Satu hari, saya ikut usrah yang dibuat oleh Ustaz Zul. Ustaz Zul terangkan bagaimana pelaksanaan HUDUD yang sebenarnya. Allahu Allah. Islam itu sangat indah!!


Pernah seorang sahabat dizaman pemerintahan Rasulullah, dia didapati meminum arak, berjudi dan mencuri. Kemudian dihukum sebat kepada sipelaku. Mahu tahu bagaimana pelaksanaannya, si pelaku disebat menggunakan kain, selipar, serban dan alat-alat yang tidak mencederakan. Sehingga datang seorang lagi sahabat dan terus menumbuk muka si pelaku sehingga berdarah mulut si pelaku, Rasulullah terus menegur bahawa jangan menyebat sehingga meninggalkan kesan atau mencederakan.


LIHAT???


Betapa indahnya hukuman itu.


sekadar hiasan


Ada yang persoalkan, bukankah menghukum dikhalayak ramai itu akan mengaibkan si pelaku. Allahu Allah. Saya rasa tidak. Kerana insyaAllah akan lahir rasa insaf dalam dirinya.


Oh.. maaf saya tidaklah berilmu agama bila bercakap tentang HUDUD ini. Tapi, andai sahaja Malaysia melaksanakan hukuman HUDUD ini, insyaAllah saya akan menjadi salah seorang yang akan berdiri untuk SETUJU dan akan sujud SYUKUR!!!


ISLAM bukan AGAMA yang ganas ok!!!


DR. Maza, sila la berkunjung ke page DR. Maza. InsyaAllah penerangannya lebih baik ^_^


Bila kita menghadapi pendapat yang banyak berkaitan sesuatu hukum, pilihlah yang lebih mendekati alQuran dan Sunnah atau yang senang untuk dilaksanakan. Dan insyaAllah, DR. Maza lebih mendekati kepada alQuran dan Sunnah ^_^.


ini sekadar pendapat saya. Saya tidak meminta kamu untuk mengikuti langkah saya. Tapi pesan saya, pilihlah yang mendekati Alquran dan Sunnah!!!

(masih perlu belajar banyak..masih belum pandai untuk berdiskusi ^^,)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP