Saturday, December 11, 2010

Assalammualaikum Sahabat Ideal.

Lama blog ni berdiam diri. Asik dengan tautan hati je. Cian kat blog ni. Tak pe, hari ni kite luangkan masa dengan awok ye ^_^

Apa khabar sahabat-sahabat awok semua?? Ade gaduh ke?? Selisih faham?? La..kenape jadi mcm tu?? Tak pe, biaselah dalam ukhwah ni mesti ade pasang surutnye kan. Owang kate, sedangkan lidah lagikan tergigit kan. Inikan suami isteri.. Ops...kite tukar..inikan dalam persahabatan. Kekadang kite dapat rasakan bahawa rajuk-rajuk ni penguat ukhwah. Tapi jangan la pula selalu majok. 

Kite nak habaq ni, kite ni sensitive. Kalau ade kawan kite yang majok, kite akan menangis. Cengeng kan kite ni. Lepas tu kite ni macam ni, kite akan rasa bersalah dengan kawan kite tu sehingga semua keje kite terbengkalai. Menangis jangan dikata lagi, boleh bengkak mata seminggu ^_^. 

Tapi kadang-kadang pula, kite kuat. Kite tak kan nanges. Lepas tu kite akan tetap husnudzon dengan awok. Pernah sekali, ade le seorang adik angkat kite ni. Dia majok dengan kite dan kakak angkat (kF) dia yg sorang. Kite dengan kF tu memang rapat dan kenal melalui adik ni.  Mula-mula kite rasa lucu bile dia majok. Comel. Walaupun dia majok bukan depan kite. Tapi kite lucu dengan mesej-mesej yang dia antar. Kite pun ape lagi, usik lagi dia. Bagi dia lagi panas. ^_^

Tapi, pada satu tahap tu kite ingat dia dah tak majok. kF tu dah nanges-nanges call kite. Mengadu sebab adik kite ni masih majok. Dengan selambanya kite jawab;-

"jangan risau la..adik kita ni takkan mejok lame2. Mungkin salah kita kan sebab jarang hubungi dia walaupun hakikatnya kita selalu story about dia. Selalu ingat kat dia dalam apa jua yg kita buat"

Ya. Masa tu kite memang kuat. Kite tak nanges. Kite anggap itu sebagai ujian untuk kite dan sebagai peringatan untuk kite. Kite tetap send mesej untuk dia. Hehehe. Tapi tiba-tiba malam kedua dia masih majok, SUBAHANALLAH. Kite pula yang menangis. Menangis sampai jiran sebelah boleh dengar kot. Lepas tu kite call kF, kite menangis semahu-mahunya. Ari tu, kF yang nanges dan kita tenangkan. Kali ni kite pula nanges. Tapi kF ni lain sikit, dia pun ikut nanges juga. Hahahaha. 

Tapi kerana itulah kami semakin rapat. Semakin saling memahami ^_^. Ha, majok ni kan penguat ukhwah. Kalau kite pula yang majok macam mana erk??? Eh tak nak la. Tak nak awok susah, sedih dan ape-ape je la. Sebabnya kite sayang awok. Tapi kalau awok majok tak pe, kite suke sangat. Kite ni kalau bab memujuk ok la juga ^_^

---------------------------

So, 

Belajarlah Menulis Di Atas Pasir



Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka  berdua. A telah menghadiahkan  B satu tamparan yang hinggap di pipinya.

B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas. TAnpa  berkata apa-apa, B menulis di atas pasir : Hari ini, sahbat baik ku telah menampar mukaku. 


Kemudian mereka meneruskan  perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjlanan yang masih jauh.

Dalam asyik membersihkan  diri masing-masing, B nyaris  tenggelam dan  lemas tetapi  berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu : Hari ini,sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.




A  bertanya: “kenapa setelah aku melukai hatimu,kau menulis di atas pasir. Dan sekarang,kenapa pula  kau menulis  di atas batu? Sambil tersenyum, B berkata : : “ketika  seorang sahabat melukai kita,,kita  harus menulisnya di atas pasir agar angin dan ombak kemaafan datang menghembus dan menghapuskn tulisan itu. Dan apabila sesuatu  yang luar biasa terjadi,kita harus memahatnya di atas batu hati kita,agar tidak hilang ditiup sang bayu.”

Moral cerita, dalam khidupan seharian  kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yan juge berbeza-beza. Oleh kerna itu,cubalah utk saling memaafkan dan melupakan perselisihan  lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.

Seperti jua kata para hukamak “lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita,tetapi ingatlah  kebaikan org  pd kita,,lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kpd orang lain,tetapi ingatlah kesilapan dn keburukan yg kita lakukan kpd orang lain”….kerna hidup ini terlalu singkat utk kita tidak melakukan kebaikan dan memaafkan kesilapan insan lain..kerana segala makhluk  akan kembali kepadaNya.

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu atau aibmu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.

Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain...

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya...

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus...

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu..

Sahabat yang paling baik seorang yang sanggup bertarung dengan nyawa untuk menutup aibmu....

SAYA SAYANG SEMUA SAHABAT SAYA ^_^

1 comments:

Ckin Kembaq December 11, 2010 at 1:40 AM  

I'll try to be one of the best friend for you.. n_n

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP